KETUA BAHAGIAN - Bahagian Sumber Manusia JKR-online saja

JABATAN KERJA RAYA SABAH
CAWANGAN SUMBER MANUSIA
Go to content
Keanggotaan Jawatankuasa
  • Urusetia Mesyuarat Kenaikan Pangkat
  • Urusetia PPSM
  • Urusetia Penstrukturan Semula JKR Sabah
  • Urusetia Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan JKR Sabah
  • Editor News Buletin JKR Sabah

Senarai Tugas Penolong Pengarah CSM

  • Membantu KPP dalam hal-ehwal pengurusan dan pelaksanaan tanggungjawab dan program-program sumber manusia.
  • Memastikan Unit Pembangunan Dan Organisasi serta Unit RekodAgensi berjalan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Membantu dan bertanggungjawab ke atas pengurusan perjawatan dan struktur organisasi dan penggunaan jawatan bersesuaian dengan skim perkhidmatan.
  • Membantu dan memastikan pengurusan personel dijalankan dengan cekap dan berkesan yang meliputi: Perlanjutan Percubaan, Pengesahan Jawatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pemangkuan, Tanggung Kerja, Kenaikan Pangkat, Pelantikan Semula Selepas bersara dan lain-lain.
  • Penyeliaan dan penyediaan 'Goal Setting" tahunan CSM.
  • Mengurus Penilaian Prestasi Tahunan Kakitangan Jabatan.
  • Lain-lain yang diarah dari masa ke semasa.
OBJEKTIF KUALITI UNIT
OBJEKTIF CSM
Unit Dispilin & Perkhidmatan
Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan mengikut peraturan dalam tempoh yang ditetapkan.

Unit Pembangunan Organisasi Dan Kemajuan Kerjaya
Memastikan struktur organisasi jabatan teratur, seimbang dan memenuhi skim perkhidmatan yang sesuai untuk mencapai matlamat organisasi.

Unit Saraan Dan Pencen
Memastikan anggota jabatan menikmati sistem saraan dan skim pencen selaras dengan dasar-dasar kerajaan.

Unit Khidmat sokongan
memastikan kesemua cawangan dan JKR Daerah mendapat khidmat sokongan dengan cekap dan berkesan.

Unit Pembanguan Sumber Manusia
Memastikan dan melaksana kursus-kursus yang perlu diikuti oleh kakitangan JKR.

Unit Pusat Rekod
Memastikan Pengurusan Dan Penyimpanan rekod  dan dikumen jabatan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
A: TUGAS-TUGAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN
    • Perancangan Keperluan Tenaga Manusia
    • Pengurusan Perjawatan
    • Penggunaan Tenaga Manusia
    • Struktur Organisasi
    • Penguatkuasaan Skim Perkhidmatan

2. PERKHIDMATAN
    • Perancangan Sumber Manusia
    • Pengambilan / Pelantikan
    • i. Pelantikan Tetap
    • ii. Pelantikan Kontrak
    • iii. Pelantikan Sementara
    • iv. Pelantikan Semula Selepas Bersara
    • Pertukaran Pelantikan
    • i. Pinjaman
    • ii. Pertukaran Sementara
    • iii. Pertukaran Tetap
    • Pengesahan Jawatan / Pemberian Taraf Berpencen / Pelanjutan Tempoh Percubaan
    • Pemangkuan / Tanggungan Kerja
    • Kenaikan Pangkat
    • Tatatertib
    • Pengisytiharan Harta
    • Kemudahan Cuti
    • Buku Perkhidmatan dan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2)

3. SARAAN DAN PENCEN              
    • Persaraan
    • Penetapan Gaji
    • Hadiah Pergerakan Gaji
    • Pergerakan Gaji
    • Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
    • Kemudahan-kemudahan
    • i.Kesihatan
    • ii.Bantuan Jenazah
    • iii.Pinjaman Perumahan
    • iv.Lain-lain
    • Elaun-Elaun
 
4. LATIHAN DAN PEPERIKSAAN
    • Latihan
    • Pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
    • Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

5. PENGURUSAN PRESTASI
 
    • Penilaian Prestasi Tahunan
    • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

 
6. MOTIVASI DAN KAUNSELING
  
    • Motivasi dan Kaunseling

7. LAIN-LAIN
    • Majlis Bersama Jabatan

B:  SKIM-SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA

    • Definisi
    • Tangggungjawab Ketua Perkhidmatan
    • Senarai Skim-skim Perkhidmatan Gunasama
  





1. PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN
  • Perancangan Keperluan Tenaga Manusia
    • TINDAKAN adalah:
      • Merancang keperluan tenaga manusia bagi jangka masa pendek dan panjang mengikut strategi-strategi dan hala tuju organisasi.

  • Pengurusan Perjawatan
    • TINDAKAN adalah:
      • i. Menyedia dan menyimpan senarai perjawatan yang terkini.
      • ii. Memastikan senarai perjawatan dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Tahunan tepat dan kemaskini.
      • iii. Mengkaji penggunaan jawatan sesuai dengan skim perkhidmatan dan gred. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak sesuai atau tidak lagi diperlukan, maklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
      • iv. Bagi keperluan jawatan tambahan, sediakan kertas justifikasi yang sesuai dan kemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
      • (Permohonan yang dikemukakan terus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia tidak akan disokong oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.)

  • Penggunaan Tenaga Manusia
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Memastikan jawatan dan tenaga manusia di agensi digunakan pada tahap yang optima.
      • ii.Mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa:
        • a.Kakitangan diberi tugas yang sesuai dengan skim perkhidmatan dan gred jawatan.
        • b.Kakitangan diberi beban tugas yang mencukupi.

  • Struktur Organisasi
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Memastikan struktur organisasi dan fungsi selari dengan visi, misi dan strategi-strategi pelaksanaan yang ditetapkan.
      • ii.Menyediakan dan mengemaskini carta organisasi dan carta fungsi.

  • Penguatkuasaan Skim Perkhidmatan
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Memastikan anggota yang dilantik memenuhi skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa.
      • ii.Memastikan anggota di bawah skim-skim perkhidmatan jumud yang mempunyai perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Istimewa dinaikkan pangkat mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
      • iii.Menggalak atau menasihatkan anggota di bawah skim-skim perkhidmatan jumud/adhoc/lain-lain yang tidak wujud di bawah Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan/ kelayakan yang diperlukan atau memenuhi syarat skim-skim perkhidmatan yang wujud.
      • iv.Mengambil tindakan penyelarasan skim perkhidmatan mengikut pekeliling perkhidmatan atau peraturan semasa sekiranya berkaitan.

2. PERKHIDMATAN
  • Perancangan Sumber Manusia
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Membuat perancangan sumber manusia termasuk pengambilan, pembangunan kerjaya, penempatan dan gantian (succession).

  • Pengambilan / Pelantikan
  • i. Pelantikan Tetap
  • ii. Pelantikan Kontrak
  • iii. Pelantikan Sementara
  • iv. Pelantikan Semula Selepas Bersara
    • TINDAKAN adalah:
      • i.   Mengurus pelantikan mengikut peraturan berkaitan:
a.Bahagian II Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
b.Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 4/2007 : Pelantikan Semula Pesara dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
c.Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3/2000 : Tempoh Had Umur Lantikan Anggota Bertaraf Sementara/Kontrak Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

  • Pertukaran Pelantikan
  • i. Pinjaman
  • ii. Pertukaran Sementara
  • iii. Pertukaran Tetap
    • TINDAKAN adalah mengurus pertukaran pelantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2000: Panduan Pelantikan Secara Pinjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.
  

  • Pengesahan Jawatan / Pemberian Taraf Berpencen / Pelanjutan Tempoh Percubaan
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Mengemukakan perakuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi Pegawai Gunasama N, kemukakan perakuan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri selaras dengan Bahagian II Peraturan (32), (33) dan (34) Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
      • ii.Bagi pengesahan jawatan, pastikan pegawai membuat pilihan skim pencen atau skim KWSP selaras dengan Bahagian II Peraturan (36) Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

  • Pemangkuan / Tanggungan Kerja
    • TINDAKAN adalah mengurus pemangkuan/tanggungan kerja mengikut Bahagian II Peraturan (52) - (53) Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008

  • Kenaikan Pangkat
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di peringkat agensi (Kementerian/Jabatan) selaras dengan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Bil. 1 Tahun 2005.
      • ii.Pihak pengurusan agensi hendaklah memastikan kriteria berikut dipatuhi bagi tujuan kenaikan pangkat :
          • a.Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki.
          • b.Prestasi memuaskan 3 tahun terakhir.
          • c.Memenuhi syarat skim perkhidmatan.
          • d.Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
          • e.Telah mengisytiharkan harta.
          • f.Bebas dari sebarang tindakan tatatertib.

  • Tatatertib
    • TINDAKAN adalah:
      • i. Memastikan penubuhan Jawatankuasa Tatatertib peringkat Kementerian/Jabatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 1999: Garis Panduan Mengurus Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai yang Bermasalah bagi mengatasi masalah disiplin dan prestasi rendah di organisasi.
      • ii.Memastikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian/Jabatan dikemukakan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 1999: Garis Panduan Mengurus Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai yang bermasalah.
      • iii.Mengemukakan laporan tatatertib ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri/ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

  • Pengisytiharan Harta
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Memastikan semua anggota membuat pengisytiharan harta selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2004 : Pemilikan dan Pengisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam
      • ii. Mengemukakan laporan pengisytiharan harta ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

  • Kemudahan Cuti
    • TINDAKAN adalah:
      • i.Memastikan rekod cuti dikemaskini dalam Buku Perkhidmatan.
      • ii.Mengemukakan permohonan cuti berikut ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk kelulusan :
        • a. Cuti Tanpa Rekod.
        • b. Cuti Separuh Gaji.
        • c. Cuti Tanpa Gaji.
        • d. Cuti Belajar Bergaji Penuh.
        • e. Cuti Belajar Tanpa Gaji.
        • f. Cuti Atas Sebab Kesihatan.
        • g. Cuti Gantian.
        • h. Cuti Atas Kadar jawatan dipangku.
      • iii.Kebenaran menjalankan aktiviti luar/ berniaga.
      • iv.Memproses Cuti Menunaikan Fardhu Haji selaras dengan Bahagian IV Peraturan 180 (1), (2) dan
      • (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 dan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 1985.
      • v.Cuti-cuti lain
        • a.Kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 1 Tahun 2003).
        • b.Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat (Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2003).

  • Buku Perkhidmatan dan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2)
    • TINDAKAN adalah memastikan Buku Perkhidmatan dan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) bagi setiap anggota sentiasa kemaskini dan tepat.

3.  SARAAN DAN PENCEN              
  • Persaraan
    • TINDAKAN adalah
    • i.Menyedia dokumen persaraan:
a. Menyemak rekod anggota yang akan bersara;
b. Mengemaskini rekod perkhidmatan supaya lengkap dan teratur;
c. Menyediakan semua dokumen berkaitan untuk dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia tiga (3) bulan sebelum tarikh bersara.

ii.Memproses Gantian Cuti Rehat:
a. Menyedia dokumen-dokumen permohonan Pemberian Gantian Cuti Rehat untuk dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan.

iii.Menyediakan permohonan Penubuhan Lembaga Perubatan:
Mengemukakan perakuan untuk menubuhkan Lembaga Perubatan bagi pegawai   yang tidak dapat menjalankan tugas atas sebab kesihatan selaras dengan Peraturan 314, Bahagian VII Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.


  • Penetapan Gaji
    • TINDAKAN adalah i.Memastikan penetapan gaji atau pergerakan gaji anggota organisasi mengikut peraturanperaturan di bawah Sistem Saraan Malaysia dan Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah (PPNS) berikut: PPNS.Bil.5/2003 (Gaji pemulaan pegawai yang dinaikan pangkat -SSM), PPNS.Bil.2/2008 (Gaji Pemulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat), Bil.1/2007 (Gaji tukar lantik), Bil.4/2002 (Penetapan gaji disahkan dalam jawatan), Bi.4/2004 (Kaedah pergerakan gaji cuti belajar gaji penuh, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji di bawah SSM).

  • Hadiah Pergerakan Gaji
    • TINDAKAN adalah mengemukakan permohonan pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk kelulusan mengikut penetapan-penetapan berkenaan:
      a. Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip), Gred N11: Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah, Gred N11 Perenggan 10 (a).
      b.Bekas Polis dan Tentara yang dilantik secara tetap dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2004.
      c. Pegawai Penyelidikan, Gred Q41 yang memperolehi kelayakan akademik lebih tinggi: Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 1997.
      d. Skim Perkhidmatan yang memperuntukkan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) (tidak termasuk Skim Pendidikan dan Pegawai Penyelidikan): Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 5 Tahun 1997.

  • Pergerakan Gaji
    • TINDAKAN adalah mengemukakan permohonan pergerakan gaji secara isyarat berikut ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk kelulusan:
      a.Pegawai Cuti Belajar (Separuh Gaji atau Tanpa Gaji) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 2004.
      b.Pegawai dipinjamkan ke agensi-agensi Kerajaan Negeri.

  • Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
    • TINDAKAN adalah  mengemukakan permohonan jadual gaji bagi Kes-kes Penyelarasan skim/ Pelantikan Tukar Sementara/Pinjaman/ Tukarlantik yang gajinya tidak boleh ditampung oleh Jadual Matriks Skim Perkhidmatan Yang Berkuatkuasa ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

  • Kemudahan-kemudahan
  • i.Kesihatan
  • ii.Bantuan Jenazah
  • iii.Pinjaman Perumahan
  • iv.Lain-lain
    • TINDAKAN adalah
i.Kesihatan - mengurus, memproses dan memantau permohonan kemudahan-kemudahan berikut:
a. Pemeriksaan Kesihatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengikut Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7 Tahun 2007 dan Bil. 7 Tahun 2008.
b. Tuntutan Kemudahan Kesihatan mengikut Bahagian VII  Peraturan 308 (1) Peraturanperaturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
c. Kemudahan Rawatan (Swasta/Luar Negeri) mengikut syarat-syarat Bahagian VII Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

ii.Bantuan Jenazah - mengurus dan mengemukakan permohonan Bantuan Jenazah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6 Tahun 1994.

iii.Pinjaman Perumahan Kerajaan dan Permohonan Menjual Rumah
a. Mengeluarkan surat pengesahan kelayakan pinjaman pegawai mengikut peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. KEW(S)500-4-1/Klt.5 bertarikh 2 April 2008.

b. Mengemukakan permohonan kebenaran menjual rumah mengikut peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. KEW(S)500-4/1/Klt bertarikh 2 April 2008 dan Bahagian V Peraturan 217 dan Bahagian VI Peraturan 283 (1)  Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

iv.Lain-lain - mengurus kemudahan-kemudahan berikut mengikut Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah:
a.Kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 1 Tahun 2003).
b.Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat (Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2003).


  • Elaun-Elaun
    • TINDAKAN adalah  memastikan kelayakan elaun-elaun berkenaan mengikut peraturan-peraturan atau pekelilingpekeliling yang berkuatkuasa seperti Bayaran Insentif Pedalaman ( PPNS Bil.8/2000), Bayaran Insentif Tugas Kewangan ( PPPANS Bil.5/2000), Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (PPNS Bil.6/2000), Elaun Tugas Memandu (Peraturan 120, Bahagian III PPNS 2008), Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel & Elaun Loging (PPNS Bil.5/2008), Elaun Pakaian Panas (PPNS Bil.1/2005 & Peraturan 90, Bahagian III PPPANS 2008), Elaun Penceramah (PPNS Bil.4/2002), Elaun Tugas Memandu (Peraturan 120, Bahagian III PPPANS 2008), Elaun Lebih Masa (PPNS Bil.3 Tahun 1985 dan Peraturan 333, Bahagian IV PPPANS 2008), dan Elaun Basikal (Peraturan 81, Bahagian III PPPANS 2008).

4. LATIHAN DAN PEPERIKSAAN
  • Latihan
    • TINDAKAN adalah
i.Mengadakan Analisis Keperluan Latihan.
ii.Meranc
ang program-program latihan bagi anggota-anggota organisasi.
iii.Bagi permohonan menghadiri kursus/ latihan di luar negeri, kemukakan permohonan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
iv.Memastikan rekod-rekod latihan dimasukkan dalam SM2.

  • Pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
    • TINDAKAN adalah:
i.Menubuhkan Panel Penilaian Kompetensi peringkat Kementerian/Jabatan.
ii.Menubuhkan Jawatankuasa Sukatan Peperiksaan atau Jawatankuasa Kurikulum Kursus.
iii.Bertindak sebagai urusetia Mesyuarat Panel Penilaian Kompetensi Kementerian/ Jabatan.
iv.Mengemukakan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus ke Lembaga Penilaian Kompetensi untuk kelulusan.
v.Mengendalikan PTK untuk skim perkhidmatan yang mempunyai kelayakan masuk PMR atau SRP dan ke bawah (Gred 1-16) dan mengemukakan laporan penilaian kepada Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri (LPKPAN).

  • Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
    • TINDAKAN adalah i.Memberi nasihat tentang peperiksaan wajib dan bagi tujuan pembangunan kerjaya pegawai berdasarkan skim perkhidmatan.

5. PENGURUSAN PRESTASI
  • Penilaian Prestasi Tahunan
    • TINDAKAN adalah
    • i.Memastikan Sasaran Kerja Tahunan ditetapkan pada awal tahun dan e-prestasi/ borang Sasaran Kerja Tahunan dilengkapkan.
    • ii.Memastikan kajian pertengahan tahun dilaksanakan.
    • iii.Memastikan laporan prestasi diisi oleh pegawaipegawai dan penilaian dilakukan oleh pegawai penilai.
    • iv.Mengurusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia.
    • v.Memastikan pergerakan gaji dibuat mengikut keputusan Panel.

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
    • TINDAKAN adalah i.Mengurus Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/2003: Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam.

6. MOTIVASI DAN KAUNSELING
 
    • TINDAKAN adalah:
    • i.Memberi khidmat nasihat tentang pembangunan kerjaya kepada pegawai-pegawai organisasi.
    • ii.Memberi motivasi dan kaunseling kepada pegawai-pegawai yang bermasalah dan berprestasi tinggi.

7. LAIN-LAIN
    • Majlis Bersama Jabatan
    • TINDAKAN adalah
      • i.Memastikan Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/1993: Penubuhan Majlis Bersama Jabatan.
      • ii.  Memastikan Mesyuarat MBJ diadakan pada mengikut suku tahun yang ditetapkan dan mengemukakan minit mesyuarat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dua (2) minggu selepas tarikh mesyuarat.
      • iii.Sebagai urusetia MBJ Pihak Pengurusan.

B:  SKIM-SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA

    • Definisi
    • Tangggungjawab Ketua Perkhidmatan
    • Senarai Skim-skim Perkhidmatan Gunasama
    • TINDAKAN adalah:
      • 1.Definisi
Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan-perkhidmatan yang mempunyai ketua perkhidmatan yang ditetapkan khas untuk mengawal semua urusan perjawatan dan perkhidmatan bagi perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan-perkhidmatan gunasama ini ditentukan dari semasa ke semasa.

Bagi jawatan-jawatan yang dipusatkan di mana-mana jabatan, jawatan-jawatan ini merupakan jawatan kader yang boleh ditempatkan di mana-mana jabatan yang memerlukan.

2.Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan

Ketua Perkhidmatan bagi sesuatu skim perkhidmatan ialah ketua jabatan yang ditetapkan untuk mengendalikan urusan-urusan berikut:
i.Membuat syor pelantikan, pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat bagi pegawai gunasama;
ii.Mengurus penempatan dan pertukaran pegawai gunasama;
iii.Mengkaji keperluan jawatan dan tenaga kerja di semua agensi (bagi jawatanjawatan yang telah dipusatkan di jabatan berkenaan) untuk memastikan jawatanjawatan mencukupi dan keperluan tenaga kerja dipenuhi;  Bagi keperluan jawatan tambahan di semua kementerian/ jabatan, menyediakan kertas justfikasi yang kukuh untuk dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
iv.Menyediakan sukatan peperiksaan perkhidmatan dan penilaian tahap kompetensi;
v.Mengurus pembangunan dan landasan kerjaya pegawai.

Ketua Perkhidmatan juga bertanggungjawab:

i.Memastikan pengukuhan dan pemantapan organisasi atau perkhidmatan profesional/ teknikal melalui penempatan pegawai yang bersesuaian;
ii.Merancang penggantian;
iii.Memastikan peningkatan pengalaman dan kemahiran pegawai ;
iv. Memastikan keberkesanan dan kebajikan pegawai.

3. Senarai Skim-skim Perkhidmatan Gunasama
   Pegawai Tadbir N, Pegawai Undang L, Akauntan W, Pegawai F

Memastikan agar Jabatan Kerja raya Sabah mempunyai struktur organisasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan rekod yang teratur, cekap dan berkesan.
Cawangan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan KPI, Sembulan, 88582 Kota Kinabalu

Tel:(088) 244333
Fax:(088) 237234


Hajimin.Maslin@sabah.gov.my | setup
Back to content